HomeUtamaKota Marudu bercita-cita menjadi 'Daerah Hijau'

Kota Marudu bercita-cita menjadi ‘Daerah Hijau’

Read Time:54 Second

KOTA MARUDU: Kaya dengan tanah yang subur, Kota Marudu kini bercita-cita untuk menjadi Daerah Hijau untuk Sabah.

Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada program pembasmian kemiskinan di daerah itu.

“Selaras dengan tema Kaamatan (Pesta Menuai) tahun ini – Kaamatan Menjelmakan Alam, Kota Marudu menerajui dengan mempromosikannya sebagai Daerah Hijau,” kata Maximus ketika melancarkan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu, hari ini.

Selain tanaman sedia ada seperti jagung dan pisang Sabah, katanya mereka juga ingin mempromosikan tanaman kelapa dan sacha inchi dan kilang pemprosesan, serta penternakan walit (sarang burung) yang sudah pun berada di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) program pembasmian kemiskinan.

“Pada masa yang sama, kami juga ingin mengelak daripada menggunakan racun biologi dengan menghasilkan baja bukan kimia kami sendiri,” kata Maximus, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Hendrus Anding, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Wetrom Bahanda, Pegawai Daerah Kota Marudu Alexander Yong dan Ketua Polis Kota Marudu Superintendan Zairolnizal Ishak.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya