HomeIsu tempatanGanding bahu, kekal keharmonian kaum di Sabah

Ganding bahu, kekal keharmonian kaum di Sabah

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Masyarakat perlu terus saling berganding bahu dan mengekalkan keharmonian kaum khususnya di Sabah dalam menyambut suatu perayaan termasuk Pesta Kaamatan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, selain itu masyarakat setempat juga perlu terus menekankan aspek perpaduan.

“Sebagai rakyat yang cintakan negeri dan juga negara ini, kita harus bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan serta nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan.

“Kita mesti bermuafakat, berganding bahu dan berjuang teguh bersama dalam mempertahankan dan menjaga alam semula jadi serta menangani pelbagai isu seperti ekonomi dan keselamatan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Tahun 2022 di sini kelmarin.Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Datuk Yong Teck Lee dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Unduk Ngadau, Victor Gerard Kuasi.

Abidin berkata, amat penting untuk semua agar sentiasa bersatu padu, bekerjasama, menjaga semangat perpaduan dan persefahaman demi kecemerlangan serta kemajuan negeri dan negara yang disayangi.

Secara tradisinya, sambutan Pesta Kaamatan yang disambut oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus adalah untuk melahirkan rasa syukur terhadap hasil tuaian padi dan memperingati pengorbanan Puteri Huminodun yang sanggup dijadikan korban bagi menyelamatkan kaumnya daripada kebuluran serta memulihkan semula keadaan bumi pada ketika itu.

Untuk rekod, seramai 14 peserta menyertai pertandingan tersebut untuk memilih empat orang johan yang mewakili empat kawasan iaitu Bandaraya Kota Kinabalu (Api Api), Inanam, Karambunai dan Likas.

Pada majlis itu, Christine Joan Charles dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2022 dengan menewaskan 13 peserta lain dan membawa pulang wang tunai RM3,000, mahkota, trofi dan barangan tajaan lain. Tempat kedua ialah Olsheann Jaunopoh yang akan mewakili Likas dan Sylvernie Belinda Engelbert, yang memenangi tempat ketiga, akan mewakili Inanam, manakala Gillian Gwyneth Henry mendapat tempat keempat akan mewakili Karambunai.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular