HomeUtamaPenilaian baharu IPD seluruh negara dilaksanakan

Penilaian baharu IPD seluruh negara dilaksanakan

Read Time:1 Minute, 26 Second

KUALA PENYU : Penilaian baharu terhadap semua Ibu Pejabat Polis (IPD) di seluruh Malaysia akan dijalankan bagi memberi perkhidmatan yang sebaiknya selain memenuhi keperluan semasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata,penilaian tersebut adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria termasuk jumlah kepadatan penduduk.

“Kita kena faham bahawa walaupun di Malaysia banyak daerah seperti contohnya parlimen sahaja ada 222 di seluruh negara.

“Tapi IPD yang kita bangunkan hanya ada tidak sampai 160 buah kerana kita gabungkan beberapa daerah untuk adakan satu IPD,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Kuala Penyu di sini kelmarin.

Hamzah mengulas berhubung cadangan pewujudan IPD bagi Kuala Penyu yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Katanya, ketika hendak membangunkan IPD, pihaknya bukan hanya melihat kepada status daerah namun turut melihat dari segi berapa ramai penduduk yang ada dan semua itu akan diambil kira.

Menurutnya, bilangan anggota untuk menjaga keselamatan, bukan hanya untuk membangunkan kawasan tersebut juga akan turut diambil kira.

“Tetapi, bila sampai satu tahap kita lihat ianya perlu dinaikkan maka kita naikkan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan penilaian itu kelak juga akan melibatkan naik taraf status balai-balai di bawah IPD.

“Kita naik taraf  bukan sekadar menjadi IPD contohnya balai-balai juga ada gred dan itu juga kita akan naikkan statusnya.  Itu akan kita buat apabila kita buat penilaian yang baharu di seluruh negara.

“Saya tidak untuk menjawab di Kuala Penyu ini naik gred berapa tapi saya akan pastikan apabila terdapat keperluan itu dan kita akan naikkan gred di Kuala Penyu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah menjelaskan pihaknya akan berbincang dengan Ketua Menteri Sabah mengenai tapak sesuai untuk pembinaan Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang kedua di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya