HomeUtamaCOVID-19 : Hanya dua daerah berada di zon merah

COVID-19 : Hanya dua daerah berada di zon merah

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 21 daerah di Sabah kini berada di zon kuning COVID-19 selain turut merekodkan kes hanya satu angka di kebanyakan daerah yang dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selain itu empat daerah turut berada pada zon jingga selain dua daerah lagi berada pada zon merah.

Katanya, antara daerah yang berada di zon kuning ialah Ranau; Tenom; Semporna; Kalabakan; Tawau; Lahad Datu; Kota Belud; Tambunan; Beaufort; Kudat dan Kuala Penyu.

“Selain itu, daerah yang berada di zon kuning ialah Kota Marudu; Pitas; Sipitang; Keningau; Telupid; Nabawan; Kunak; Kinabatangan; Tongod; dan Beluran.

“Bagi daerah yang berada di zon jingga pula ialah Sandakan; Tuaran; Papar dan Putatan manakala zon merah ialah di Kota Kinabalu dan Penampang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata, tidak banyak perubahan signifikan berlaku sepanjang 24 jam yang lalu apabila angka jangkitan baharu yang dilaporkan ialah 48 kes dengan pertambahan lima kes berbanding semalam.

Katanya, Kota Kinabalu terus mencatatkan jangkitan dua angka dengan 23 kes baharu (+3), Penampang (7 kes) dan Tuaran (5 kes) juga mencatat pertambahan.

Tambahnya,  Sandakan yang bersih daripada jangkitan semalam mencatatkan enam kes baharu hari ini.

“Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 17 daerah (18 daerah semalam) dalam tempoh 24 jam yang lalu dan sembilan daerah mencatatkan jangkitan baharu satu angka.

“Sebanyak  lima daripada sembilan daerah tersebut hanya mencatat satu jangkitan baharu,” katanya.

Katanya, sebanyak 46 daripada 48 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, satu kes dalam Kategori 4 serta satu kes dalam Kategori 5.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya