HomeUtamaKontraktor sambilan ditahan bantu siasatan kes dera kanak-kanak berusia tiga tahun 

Kontraktor sambilan ditahan bantu siasatan kes dera kanak-kanak berusia tiga tahun 

Read Time:57 Second

BERNAMA

CYBERJAYA – Polis menahan seorang kontraktor sambilan kerana disyaki terlibat mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, di bawah jagaannya di Jalan Besar Taman Dagang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki warga tempatan berusia 40-an itu, merupakan penjaga sementara kepada kanak-kanak berkenaan, kerana ibu bapa kandung mangsa kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dijaga suspek sejak awal Januari tahun ini.

“Kes ini dikesan, selepas seorang warga tempatan mengesan kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada badannya.

“Pengadu mendengar tangisan kuat daripada kanak-kanak itu berdekatan dengan rumahnya dan melihat kecederaan pada muka dan badan mangsa, lalu terus membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohamad Farouk berkata suspek merupakan kawan kepada bapa kanak-kanak berkenaan, yang diminta menjaga mangsa buat sementara waktu.

Menurutnya, lelaki terbabit yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau dadah dan satu rekod lampau jenayah komersial, akan dibawa ke Mahkamah Ampang esok bagi tujuan permohonan reman untuk membantu siasatan.

Kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di Wad Pediatrik Hospital Ampang untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya