Bung secara prinsipal dan positif, alu-alukan penubuhan jawatankuasa kerjasama solidariti GRS-BN

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin secara prinsipal dan positif mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa kerjasama solidariti Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini.

Bung berkata, setakat ini belum ada makluman secara rasmi mengenai penubuhan Jawatankuasa Solidariti GRS-BN.

“Kita memang mengalu-alukan penubuhan itu sebab kita mementingkan kepentingan negeri Sabah dan juga pembangunan negeri Sabah, itu yang penting.

“Sabah sudah lama ketinggalan dari segi pembangunan, ekonomi dan peluang pekerjaan jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk kita perkukuhkan kerajaan bagi memastikan rakyat Sabah juga berhak hidup dalam keadan yang baik daripada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Jamuan Aidilfitri BN di Magellan Sutera Harbour, di sini, hari ini.

Jawatankuasa kerjasama solidariti GRS-BN ditubuhkan bagi menyatukan parti-parti dalam gabungan itu dan BN.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU).

Terdahulu, Bung bersama Hajiji mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri majlis Jamuan Aidilfitri BN di sini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *