HomeUtamaHamdi, Nur Faten Izzati wakili Sabah ke MTQ Kebangsaan

Hamdi, Nur Faten Izzati wakili Sabah ke MTQ Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 21 Second

TAWAU : Qari dan Qariah mewakili Pantai Barat Selatan (PBS) masing-masing dari daerah Papar dan Kota Kinabalu dinobatkan sebagai johan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Tawau semalam.

Qari, Hamdi Yusop @ Yusof dan Qariah Nur Faten Izzati Rablin akan mewakili Sabah ke Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada Jun depan.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta sijil penyertaan, piala iringan, seutas jam tangan, buku-buku agama, sepersalinan pakaian sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pakej menunaikan umrah.

Majlis itu turut menyaksikan Hamdi sebagai johan terbaik dan menerima wang tunai berjumlah RM1,000 beserta piala iringan.

Sementara itu, gelaran naib johan disandang Qari dari daerah Putatan iaitu Nashraf Ideen Nahar dan Qariah, Nabilah Syafawati Sapari yang mewakili daerah Nabawan, sekaligus menerima hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 beserta sijil penyertaan, piala iringan, sepersalinan pakaian sumbangan Jakim dan juga buku-buku agama.

Manakala, hadiah tempat ketiga RM5,000, sijil penyertaan, piala iringan, sepersalinan pakaian dan buku-buku agama pula dimenangi Qari, Zunaidi@Ady Misdaranai mewakili daerah Kota Kinabalu dan Qariah, Pangiran Dg Saliah Awang Salleh dari Putatan.

Pada majlis itu, tujuh peserta lain mendapat hadiah saguhati RM1,000 berserta sijil penyertaan iaitu Mohd Ayub Maidi, Ghazali Abd Manan, Aris Mohd Raup, Abdul Rahim Zainal, Sanayah Janaid, Nur Izzannatul Natasha Saman dan Siti Hatijah Marsuki. 

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin diiringi Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya