HomeIsu tempatanSPRM tahan Datuk disyaki lindungi pemalsuan cukai jualan minyak sawit 

SPRM tahan Datuk disyaki lindungi pemalsuan cukai jualan minyak sawit 

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki bergelar Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan kes terima rasuah bagi melindungi aktiviti pemalsuan cukai jualan minyak sawit.

Menurut laporan portal FMT penahanan itu susulan tangkapan terhadap seorang pegawai kanan jabatan dan seorang pesara kerajaan oleh SPRM berkaitan kes yang sama, Rabu lalu.

Dua suspek terbabit dipercayai menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kepada suspek untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah pada setiap bulan kepada Kementerian Kewangan (MOF) Sabah.

Menurut laporan portal itu lagi, sumber SPRM berkata, ‘Datuk’ berusia 66 tahun yang merupakan bekas penjawat awam itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy turut mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret di sini, esok.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya