HomeUtama10 lokaliti di Sabah dikenal pasti terlibat program BMTKM

10 lokaliti di Sabah dikenal pasti terlibat program BMTKM

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak sepuluh lokaliti di Sabah telah dikenal pasti iaitu di Tongod, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tuaran, Sipitang, Beaufort dan Ranau di bawah fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri sedang menyelaras dan memudah cara Program BMTKM ini.

Katanya, Kerajaan sedang mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan kerjasama kerajaan negeri dan pejabat daerah bagi mendapatkan input semua pihak, termasuk peringkat akar umbi bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Menurut Ismail, sebelum ini, program membasmi kemiskinan dilaksanakan secara ‘silo’ di hampir semua agensi yang terbabit. Namun di bawah program BMTKM, EPU dan ICU akan menjadi penyelaras menggabungkan semua pihak yang terlibat seperti Kementerian, Kerajaan Negeri, ahli akademik, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk mencari kaedah terbaik bagi menghapuskan miskin tegar secara holistik berasaskan lokaliti.

Sementara itu, pada masa sama, kerajaan juga terus komited untuk melabur dalam bidang pendidikan dengan cara membaiki dan
membina semula sekolah daif di kawasan pendalaman Sabah.

“Saya difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengamanahkan 113 sekolah daif di Sabah kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sabah sebagai Agensi Pelaksana untuk menaik taraf sekolah-sekolah itu dengan kos RM1.02 bilion,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya