HomeUtamaRemaja hidap kanser, Irfan Mikail meninggal dunia 

Remaja hidap kanser, Irfan Mikail meninggal dunia 

Read Time:1 Minute, 5 Second

CYBERJAYA -— Remaja menghidap kanser Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL) tahap akhir, Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri, menghembuskan nafas terakhirnya, malam tadi. 

Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham Irfan Mikail berusia 15 tahun meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam di rumahnya di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.

Khabar duka itu disahkan Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) Maznah Tayib menerusi hantaran di Facebook. 

“Telah pulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi, Muhamad Irfan Mikael Mohd Syukri yang menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.30 malam di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi kangar Perlis.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan syuhada,” katanya menerusi hantaran berkenaan. 

Terdahulu, media melaporkan hasrat remaja berkenaan yang bercita-cita mahu menjadi juruterbang bagi menaiki pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Rabu lalu, hasratnya ditunaikan TUDM oleh No 15 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan bantuan Kolej Tentera Udara yang mengkoordinasi bersama pihak FOCCAN. 

Irfan Mikail yang diiringi ibu dan bapanya, Mazatul Rohana Saleh, 50, dan Mohd Shukri Talib, 54, serta abangnya Mohd Adam Hakimi, 19, dibawa dari kediaman mereka di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar Perlis ke Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Irfan Mikail turut dibawa melawat ke Pusat Simulator Pejuang dan merasai pengalaman mengendalikan simulator F/A-18D.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya