HomeIsu tempatanMasyarakat diseru memelihara dan memulihara alam semulajadi sesuai dengan tema Pesta Kaamatan...

Masyarakat diseru memelihara dan memulihara alam semulajadi sesuai dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini – Shahelmey

Read Time:2 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Seluruh masyarakat khususnya di daerah Putatan diseru supaya memelihara dan memulihara alam semulajadi selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini ‘Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi’.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, tema itu juga merupakan satu tema yg bersesuaian dengan isu semasa kita samada di negeri ini, negara kita dan juga di peringkat global.

“Justeru itu, Pesta kaamatan sinonim kita sambut setiap bulan Mei sebagai rasa kesyukuran kita menuai hasil yang dianugerahkan oleh tuhan dan sangat sesuai dengan tema sejarah Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai, maka sebagai rakyat di Daerah Putatan mestilah memainkan tanggungjawab untuk menjaga alam semulajadi agar kehidupan persekitaran kita sentiasa selesa dan sejahtera,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Putatan, di Dewan Seri Putatan dekat sini, pada Ahad.

Katanya, kalau mengikuti perkembangan isu-isu semasa berkaitan isu keselamatan makanan atau food security dengan kejadian geopolitik yang berlaku di beberapa negara di dunia ini seperti perang di Kuwait, keadaan cuaca dan bencana alam yang terjadi di merata tempat, maka ia telah mempengaruhi hasil pengeluaran makanan samada gandum, padi dan lain-lain.

“Oleh itu, kita sebagai komuniti yang ada di Putatan ini perlu memainkan peranan memelihara dan juga memulihara alam semulajadi kerana dengan melakukan sedemikian sedikit sebanyak mempengaruhi hasil-hasil pertanian dan hasil laut yang kita nikmati dalam kehidupan seharian kita,” jelasnya.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjung Keramat berkata, selain itu, Pesta Kaamatan juga merupakan satu pesta yang menghimpunkan seluruh masyarakat di negeri ini sebagai satu Keluarga Malaysia.

“Di sabah ini kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, bangsa, agama dan latar belakang. Namun demikian Sabah selalu dijadikan contoh sebagai negeri model kepada agenda perpaduan di negara kita, pada masa lalu, kerajaan memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia, konsep itu juga lahir daripada kejayaan kita memelihara perpaduan di negeri Sabah, dan sekarang ini kita ada konsep Keluarga Malaysia,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat Negeri sabah dengan tiga fokus utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Shahelmey berkata, ketiga-tiga aspek itu sudah lama praktiskan di negeri ini seperti sambutan Pesta Kaamatan.

“Pesta ini juga adalah satu pesta untuk kita bergembira dan bersyukur dengan hasil yang dikurniakan kepada kita,” ujarnya.

Finafayena Primus dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Daerah Putatan Tahun 2022 mengalahkan 15 peserta finalis yang lain.

Sementara itu, acara kemuncak pada majlis perasmian Pesta Kaamatan hari ini, menyaksikan Finafayena Primus dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Daerah Putatan Tahun 2022 mengalahkan 15 peserta finalis yang lain.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peranan persatuan penting galakkan pendermaan darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular