HomeUtamaSabah mahu pelancongan desa lebih berdaya saing, bertaraf dunia menjelang 2025

Sabah mahu pelancongan desa lebih berdaya saing, bertaraf dunia menjelang 2025

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian kepada sektor pelancongan desa yang dilihat mampu menjana pendapatan baharu selain membawa masyarakat keluar dari kepompong kemiskinan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, kementeriannya mempunyai matlamat untuk menjadikan pelancongan desa di negeri ini lebih berdaya saing dan bertaraf dunia menjelang tahun 2025.

Katanya, konsep pelancongan berasaskan komuniti dilihat mempunyai potensi besar dalam usaha bagi memajukan komuniti kampung dan sesebuah daerah.

Menurutnya, konsep itu juga mampu meningkatkan keharmonian masyarakat, dan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin ketika berucap pada majlis itu

“Sejak pelancongan luar bandar diberi fokus pada tahun 2014, kita dapat melihat pertambahan pengusaha pelancongan desa dan pelancongan berasaskan komuniti.

“Kini, kita mempunyai lebih 500 pengusaha di seluruh Sabah dan ada yang telah menerima penghargaan antarabangsa,” katanya.

Katanya, ia termasulah Walai Penyu Conservation Park, Libaran yang telah dianugerahkan ASEAN Sustainable Tourism Award Rural Category bagi tahun 2022-2023.

“Pelancongan berasaskan komuniti di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, juga telah dianugerahkan Best Tourism Village oleh United Nations World Tourism Organisation di Madrid, Spain.

“Pelancongan berasaskan komuniti di Kadamaian, Kota Belud pula telah dianugerahkan ASEAN Community Based Tourism Standard di Hanoi, Vietnam pada tahun 2020.

“Melihat kepada pencapaian ini, sudah tentu kita mahu melihat lebih banyak pengusaha pelancongan berasaskan komuniti menerima pengiktirafan yang serupa.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya