HomeSukanKBS Sabah sambut baik penganjuran kejohanan Petanque, lahir atlet pelapis

KBS Sabah sambut baik penganjuran kejohanan Petanque, lahir atlet pelapis

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Sabah menyambut baik cadangan dan penganjuran kejohanan Petanque triple terbuka Sabah bagi mencungkil bakat muda dan baharu.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, menerusi kejohanan itu juga ianya akan dapat melahirkan atlet pelapis bagi negeri Sabah.

“Melalui kejohanan seperti ini, sukan Petanque dapat di komersilkan kepada komuniti dan mampu untuk melahirkan lebih banyak atlet berkualiti dalam sukan ini.

“Saya berharap kerjasama yang kukuh antara institusi pendidikan, agensi dan kelab sukan petanque yang ada mampu dikekalkan dalam menghasilkan atlet tempatan yang mampu bersaing diperingkat antarabangsa mahupun yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Petanque Triple Open Sabah 2022 di Arena Petanque Politeknik Kota Kinabalu di sini semalam.

Terdahulu teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap (Pengurusan Sukan) Putera Jali.

Ellron berkata, pihaknya juga akan sentiasa menyokong usaha Politeknik Kota Kinabalu dan Persatuan Petanque Negeri Sabah dalam memartabatkan sukan petanque di negeri ini.

“Besar harapan saya agar kejohanan sukan seperti kejohanan petanque ini akan dapat dipergiatkan lagi untuk tahun seterusnya,” katanya.

Kejohanan yang diadakan selama dua hari berakhir semalam itu disertai sebanyak 120 pasukan bertanding bagi merebut piala kejohanan yang terbuka kepada semua peringkat lapisan umur.

Ianya adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada pemain-pemain remaja dan penggiat  sukan petanque di Negeri Sabah menunjukkan bakat dan kemahiran bermain petanque.

Pasukan Landas PSPBK 3 yang dianggotai Safirul Abdul Halim, Eirwan Junidi dan Muhammad Saifullah Bustaman telah menjuarai kejohanan dengan membawa pulang wang tunai RM3,300 berserta sijil.

Kejohanan yang dirasmikan oleh wakil Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin ini juga, merupakan salah satu program pembangunan sukan yang amat diberi keutamaan oleh KBS Sabah.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan bola sepak medan cungkil bakat baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular