HomeUtamaMAFI ambil tindakan susulan berkaitan cadangan, pandangan MPPN

MAFI ambil tindakan susulan berkaitan cadangan, pandangan MPPN

Read Time:1 Minute, 32 Second

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengambil tindakan susulan berkaitan segala cadangan dan pandangan yang diberikan menerusi mesyuarat khas Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) pada hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, sebahagian dari itu juga akan dibawa untuk pertimbangan di dalam mesyuarat jawatankuasa kabinet sekuriti makanan negara pada 30 Mei ini.

“Sebahagian cadangan termasuk langkah-langkah jangka masa sederhana dan panjang bagi memperkukuhkan sekuriti makanan negara akan dibawa untuk pertimbangan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Sekuriti Makanan Negara yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 30 Mei ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

“Selain itu, MAFI juga akan terus mengadakan perbincangan dan libat urus terbuka dengan semua pihak berkepentingan dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran semasa yang mengancam sekuriti makanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Sekuriti Makanan Negara secara hibrid di Wisma Tani di sini hari ini.

Ronald berkata, ia juga bagi memastikan bekalan makanan negara akan terus kekal terjamin demi kesejateraan Keluarga Malaysia.

Katanya, mesyuarat itu juga antara lain turut membincangkan langkah-langkah intervensi jangka sederhana dan panjang selain merangka hala tuju sektor pertanian dan industri makanan mengikut perkembangan dan keperluan semasa secara menyeluruh dan holistik.

“MPPN bertindak sebagai penasihat kepada Menteri MAFI dalam mengenal pasti isu-isu khususnya berkaitan sekuriti makanan negara dan menyumbang pandangan serta cadangan yang sesuai bagi memacu hala tuju sektor agromakanan mengikut perkembangan dan keperluan semasa.

“Ahli-Ahli MPPN mengambil maklum langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan baru-baru ini untuk menangani isu sekuriti makanan termasuk pemberian subsidi kepada penternak ayam, pemansuhan Approved Permit (AP) untuk produk agromakanan, pemberhentian eksport ayam dan pelbagai langkah lain.

Katanya, pada masa yang sama, MPPN juga menyatakan ia perlu disusuli dengan langkah jangka masa sederhana dan panjang bagi mendepani cabaran-cabaran sekuriti makanan negara secara komprehensif.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular