HomeUtamaKPDNHEP terus pergiat tindakan penguatkuasaan, bendung penyelewengan bekalan

KPDNHEP terus pergiat tindakan penguatkuasaan, bendung penyelewengan bekalan

Read Time:1 Minute, 26 Second

SANDAKAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan bagi membendung sebarang penyelewengan bekalan keperluan harian.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bekalan keperluan harian rakyat dilihat amat penting khususnya melibatkan bekalan tepung, minyak dan gula.

“Pada hari ini saya mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Sandakan bagi melihat kelangsungan bekalan keperluan harian khususnya di daerah ini.

“Saya telah melawat dua syarikat pembungkusan minyak masak dan sebuah syarikat pemborong, di Sandakan.  Antara lain saya menekankan bahawa bekalan minyak masak paket satu kilogram hendaklah sentiasa mencukupi,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya di sini hari ini.

Alexander berkata, kekurangan bekalan minyak masak dikhuatiri berlaku rentetan kegiatan memborong dan membungkus semula.

Katanya, dua syarikat pembungkusan ini mempunyai kapasiti pengeluaran minyak masak paket mengikut bekalan lebih 550 tan sebulan.

“Selain Sandakan, daerah lain yang menerima bekalan ialah Pitas, Kota Kinabalu, Telupid, Keningau,” katanya.

Sementara itu, Alexander berkata, libat urus bersama syarikat pemborong adalah bertujuan bagi mendapatkan maklum balas pengusaha supaya bekalan keperluan harian tidak terjejas di pasaran.

Katanya, kaedah pertemuan secara berkala ini juga penting sebagai pemangkin kelangsungan bekalan untuk rakyat.

“Semasa pertemuan, beberapa isu pengusaha dikemukakan, berkisar kepada masalah perkapalan. Berteraskan prinsip ‘whole of government’, saya akan bincang bersama Kementerian Pengangkutan (MOT),” katanya.

Dalam pada itu, Alexander berkata, beberapa langkah proaktif telah dilaksanakan KPDNHEP Sandakan sejak Mac lalu bagi memastikan bekalan mencukupi di peringkat pengguna.

Katanya, ianya termasuklah Program Prihatin Keluarga Sandakan dimana bekalan tepung, minyak dan gula turut dihantar ke empatdaerah lain di luar bandar.

“Ianya merangkumi Tongod, Telupid, Beluran dan Kinabatangan.  Ini bagi memastikan peningkatan permintaan bekalan, berikutan musim perayaan seperti Kaamatan tidak menyebabkan bekalan terputus.

“Setakat ini, laporan penguat kuasa mendapati tiada isu bekalan terputus,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya