HomeUtamaBantu pihak berkuasa banteras aktiviti penyelewengan,ketirisan subsidi

Bantu pihak berkuasa banteras aktiviti penyelewengan,ketirisan subsidi

Read Time:50 Second

SANDAKAN : Kerajaan meminta kerjasama orang ramai untuk turut sama membantu pihak berkuasa dalam usaha membanteras penyelewengan dan ketirisan subsidi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengguna juga tidak perlu rasa takut untuk menyalurkan aduan kerana identiti pengadu adalah dirahsiakan.

“Usaha membanteras penyelewengan, ketirisan subsidi memerlukan kerjasama utuh semua pihak kerana peruntukan yang disediakan adalah milik rakyat.

“Justeru, saya berikan jaminan sekiranya pengguna mengesan sebarang aktiviti  penyelewengan, adukan kepada pihak kementerian untuk tindakan selanjutnya oleh pihak penguat kuasa,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi sempena lawatan ke Sandakan semalam.

Alexander berkata, pengguna juga boleh melaporkan sebarang salah laku menerusi beberapa saluran yang disediakan antaranya melaluib aplikasi WhatsApp; portal aduan; pusat panggilan; email; Ez ADU KPDNHEP dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC).

Berhubung bekalan keperluan harian, beliau berkata, hasil tinjauan mendapati bekalan adalah mencukupi bagi menampung permintaan menjelang perayaan Pesta Kaamatan. “Pihak kementerian khususnya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan keperluan harian pengguna sentiasa mencukupi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya