HomeUtamaJuruteknik Komputer diharap dapat bantu tingkat kesedaran penggunaan teknologi - Yakub

Juruteknik Komputer diharap dapat bantu tingkat kesedaran penggunaan teknologi – Yakub

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU :  Kerajaan negeri berharap semua Juruteknik Komputer sektor awam negeri Sabah akan dapat membantu meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan mengoptimumkan penggunaan teknologi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ia termasuklah inovasi digital bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat bagi membantu menjayakan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Selain itu, Juruteknik Komputer juga perlu mengembangkan budaya pembelajaran berterusan bagi meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan sikap positif terhadap penggunaan inovasi digital di kalangan penjawat awam.

“Kerajaan juga berharap mereka akan dapat meningkatkan lagi kapasiti digital anggota perkhidmatan awam merentasi jawatan dan skim jawatan menjadi pakar dan profesional ICT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Juruteknik di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Zainudin Aman dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah Ernywati Dewi Abas.

Yakub berkata, pihaknya turut yakin dengan penyertaan semua yang terlibat akan dapat menjana idea-idea baharu melalui penggunaan teknologi dan inovasi digital bagi memperkasakan perkhidmatan juruteknik di semua agensi Kerajaan Negeri dalam menempuh norma baharu.

“Oleh itu, adalah diharapkan agar para Juruteknik Komputer dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari seperti kemahiran dalam bekerjasama sebagai sebuah pasukan.

“Selain itu, Juruteknik Komputer juga diharap dapat memastikan semangat kebersamaan dan juga penambahbaikan cara berkomunikasi dengan pelbagai pihak seperti pihak pengurusan atasan, rakan sekerja dan agensi luar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular