Program Drugs-Ciety’22 didik masyarakat bahaya penyalahgunaan dadah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Lebih 300 kakitangan dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jawi-Jawi, Kota Belud menyertai  Program Drugs in Society (Drugs-Ciety’22) anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Dengan tema `Give Hugs, Not Drugs`, program itu antara lain bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan kepada pelajar dan masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Majlis perasmiannya disempurnakan Guru Besar SK Jawi-Jawi, Mohamat Japar Aris.

Menurut Japar, peranan sekolah dalam membendung peningkatan kes dadah adalah penting bagi membentuk kemenjadian generasi baharu yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada kemajuan negara pada masa akan datang.

“Pengamalan norma baharu dalam membendung penularan wabak COVID-19 tidak akan menemui kejayaan sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat.

“Demikian juga dalam isu penyalahgunaan dadah. Kita perlu memutuskan rantaian aktiviti-aktiviti yang berkaitan penyalahgunaan ini secara tuntas bermula di peringkat awal usia lagi.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara terutamanya generasi muda daripada ancaman dadah dan masalah jenayah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program Afrina Shafri Khan memaklumkan, program Drugs-Ciety’22 juga merupakan platform perkongsian pendapat dan cadangan bagi menyuarakan strategi untuk menangani aktiviti tidak bermoral berkenaan.

Katanya, adalah menjadi harapan agar melalui program itu sekali gus memberi kesedaran dan menghindarkan generasi muda daripada terlibat dengan musuh nombor satu negara tersebut.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempat ini mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir menjayakan program Drugs-Ciety’22.

“Terima kasih juga kepada para pembentang dan penglibatan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) yang telah memberi impak besar dalam memberi panduan dan cadangan terhadap pencegahan dan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menangani penyalahgunaan dadah.

“Dengan adanya usaha kolaboratif yang digerakkan secara bersepadu ini, saya percaya penularan penyalahgunaan dadah dalam komuniti khususnya golongan generasi muda mampu Program Drugs-Ciety’22 didik masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadahdibendung daripada semakin parah,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *