Sekuriti Makanan: Mampukah Malaysia Mencari Jalan Penyelesaian?

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 25 Second

oleh Wan Azrain Adnan, kolumnis ekonomi

Bahagian II

Secara am-nya, pertumbuhan ekonomi negara (Keluaran Dalam Negara Kasar/ Gross Domestic Product) berlandaskan kepada lima komponen, iaitu – penggunaan (consumption), pelaburan (investment), perbelanjaan awam (government spending), eksport serta import.

Untuk memulihkan ekonomi negara akibat pandemik Covid-19 serta menangani isu sekuriti makanan, Kerajaan Malaysia mesti bertindak pantas dengan menyediakan polisi serta pelaksanaan yang mesra pelabur, domestik dan juga luar negara.

Ekonomi negara seharusnya di terajui oleh pelaburan swasta (investment) yang dapat menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat, dan tidak lagi terlalu bergantung kepada perbelanjaan awam (government spending).

Kerajaan juga mesti mengurangkan penglibatan langsung di dalam perniagaan. The Government has no business in business! Tugas utama kerajaan di dalam ekonomi negara sewajarnya terhad sebagai pengawal-selia (regulator) dan facilitator (pemudah-cara).

Persoalan: Apakah pelan Kerajaan Malaysia untuk menangani isu sekuriti makanan ?

Apakah pelan Kerajaan Malaysia untuk menangani isu sekuriti makanan negara untuk masa terdekat dan jangka masa panjang?

Kebergantungan tinggi terhadap import makanan serta peningkatan import makanan setiap tahun membuktikan bahawa dasar yang lepas dan sedia ada telah gagal.

Sehingga kini Rakyat masih kabur dan keliru dengan dasar semasa dan gusar samaada Kerajaan Malaysia ini berkelayakan untuk menyelesaikan isu ini

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pernah memegang portfolio sebagai Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

Justeru itu, beliau sewajarnya mempunyai pemahaman yang mendalam berkenaan isu sekuriti makanan serta harga makanan, dan menjadi harapan rakyat untuk menyelesaikannya.

Kegagalan menangani isu sekuriti makanan boleh menjejaskan ketenteraman awam – Hungry people are angry people!

Bahagian satu artikel ini boleh dilayari di sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *