HomeUtamaSabah alu-alukan kehadiran semula penerbangan terus dari Korea ke negeri ini

Sabah alu-alukan kehadiran semula penerbangan terus dari Korea ke negeri ini

Read Time:2 Minute, 17 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 185 penumpang dari Korea tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada jam 10.15 malam tadi.

Ketibaan pesawat LJ061 itu disambut dengan pancutan air sebaik sahaja mendarat di KKIA sebagai mengalu-alukan penerbangan pertama dari negara Korea itu selepas sempadan dibuka semula bagi peralihan fasa endemik negara.

SELAMAT DATANG… Ketibaan pesawat LJ061 dari Incheon, Korea disambut dengan pancutan air di Lapagan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu malam tadi.

Turut hadir menyambut ketibaan penerbangan semula itu ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Seri Dr. Santhara Kumar A/L Ramanaidu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) Datuk Jafry Ariffin dan pembantunya Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Setiausaha Tetap KePKAS, Datuk Mohd Yusrie Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman.

Dalam pada itu, Santhara Kumar berkata, beliau menyambut baik penerbangan semula dari Incheon, Korea sejak sempadan dibuka pada April lalu.

“Tahniah kepada Menteri Pelancongan Sabah dengan adanya penerbangan pertama bermula hari ini saya difahamkan akan bertambah dan juga MOTAC sentiasa bekerjasama dengan Sabah banyak rancangan kita akan buat contohnya pemasaran kita akan buat di Kroea dan pada masa sama saya difahamkan pelbagai persembahan kebudayaan juga kita akan anjurkan bersama untuk mempromosikan Sabah.

” Sabah penting kerana kita mendapati pada tahun 2019 kita sudah hampir 600 ribu lebih orang dari Korea datang ke Malaysia dan daripada itu 360 ribu telah datang ke Sabah.

“Itu lebih dari separuh dan itu membuktikan bahawa Kota Kinabalu merupakan satu destinasi penting untuk warga Korea maka saya rasa kita boleh pasarkan dapat lebih banyak lagi pelancong dan pada masa sama mempromosikan produk- produk baru,” ,”katanya pada sidang media di KKIA malam tadi.

Sementara itu, Jafry turut memaklumkan Incheon akan memulakan penerbangan terus dari Kota Kinabalu dua kali dalam seminggu.

“Hari ini kita menerima pelancong yang mana penuh dalam penerbangan dari Incheon seramai 185 orang. Ini satu petanda baik dalam sektor pelancongan dan kita menjangkakan selepas ini akan lebih ramai lagi pelancong datang ke Sabah dan saya bersama-sama menteri MOTAC menerima kedatangan para pelancong dan kita amat yakin dengan keadaan Covid-19 yang bertambah baik terutama Sabah pelancong akan datang seperti biasa sebelum pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut Jafry, kalau sebelum ini mempunyai 65 penerbangan seminggu datang ke Kota Kinabalu, beliau berharap kadar ini kembali seperti biasa dan kita look forward destinasi lain.

“Kita juga kerjasama dengan MOTAC untuk memastikan kehadiran para pelancong ke Sabah kita sentiasa dapat pertingkatkan dan sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan dan pengusaha pelancongan di negeri ini.

“Setakat ini empat negara sudah datang ke Sabah termasuk Singapura, Brunei dan juga Korea Jin Air dan juga Manila akan datang pada esok malam (Jumaat),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular