HomeIsu tempatanPengiklanan digital mampu bantu usahawan, peniaga kecil promosi perniagaan dan perkhidmatan

Pengiklanan digital mampu bantu usahawan, peniaga kecil promosi perniagaan dan perkhidmatan

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Penggunaan teknologi ‘Programmatic Advertising on Digital Billboard’ atau pengiklanan menerusi papan iklan digital mampu membantu usahawan dan peniaga kecil dalam mempromosikan perniagaan, perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yunus Property Consultant Sdn Bhd Mohd Yunus Apil berkata, strategi pengiklanan akan dapat membantu meningkatkan perniagaan dan perkhidmatan mereka dalam suasana ekonomi negara yang mula kembali stabil.

“Teknologi pengiklanan ini adalah iklan digital yang akan memanfaatkan kecanggihan ‘Artificial Intelligence (AI)’ untuk disasarkan ke target pasaran yang lebih spesifik dan ianya merupakan sebuah proses automatik untuk membeli mahupun menjual inventori iklan melalui bursa yang menghubungkan pengiklan dengan penerbit.

“Pada dasarnya proses ini akan melakukan proses jual beli iklan dengan ‘real-time bidding’ dengan menggunakan sebuah mesin dan algoritma,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menghadiri sesi menandatangi Memorandum Perjanjian diantara Yunus Property Consultant Sdn Bhd dengan Sky Blue Media Sdn Bhd di sini baru-baru ini.

Majlis itu disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bumiputra Sabah Asno Amat Muda.

Yunus berkata, melalui platform pengiklanan itu juga akan dapat memudahkan pengiklan untuk menjangkau konsumer yang lebih luas dengan cara membeli ruang iklan di perbagai penerbit secara automatik.

Katanya, bagi para pengiklan dan penerbit program ini akan dapat memberikan kecekapan yang tinggi tanpa menggunakan cara konvensional.

“Tambahan pula, kadar pengiklanan yang dikenakan oleh pengendali projek ini, lebih murah dan mampu di tanggung oleh usahawan sederhana. Usahawan juga dapat menikmati ruang lingkup pengiklanan yang lebih luas.

“Projek ini juga turut merealisasikan objektif Pelan Hala Tuju Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025) yang merupakan sesuatu kerangka pembangunan penting dalam mengangkat kemajuan negeri Sabah dan rakyatnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Hari ini kita berhadapan dengan peningkatan kemajuan teknologi secara global yang telah merentasi keseluruhan bidang, merangkumi perhubungan antarabangsa dan strategi perniagaan.

“Oleh sebab itulah satu teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya diberi penekanan terhadap Kerajaan Digital Berteraskan Teknologi dan Inovasi,” katanya.

Katanya, dalam dunia perniagaan dan tabir urus kerajaan, keseluruhannya sudah beralih arah Digital, malahan pihaknya akan melebarkan pendekatan ini dalam memantapkan jaringan kepada infrastruktur dan kelestarian hijau di Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular