HomeIsu tempatanProgram Mahkamah Bergerak memudahkan urusan penduduk kampung di Ranau

Program Mahkamah Bergerak memudahkan urusan penduduk kampung di Ranau

Read Time:1 Minute, 51 Second

RANAU: Ratusan penduduk kampung yang tinggal di kawasan terpencil di daerah ini, hadir membanjiri Program Mahkamah Bergerak yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kaingaran dekat sini pada Jumaat lalu.

Inisiatif anjuran Mahkamah Sabah itu berjaya mencapai sasaran apabila penduduk kampung dari golongan kurang berkemampuan berjaya menyelesaikan urusan mereka berhubung pendaftaran sijil kelahiran lewat tanpa perlu pergi jauh ke bandar.

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Nixon Kennedy Kumbong yang mengetuai program itu bersama kira-kira 100 kakitangan berkata, susulan program itu, 82 kes dibicarakan termasuk 25 kes yang baharu didaftarkan.

Dari segi penyertaan, katanya, pihak lain yang turut menyertai program itu termasuk 12 peguam dari Persatuan Peguam-Peguam Sabah, dan Unit Mekar (Jabatan Pendaftaran Negara Bergerak Khas Kota Kinabalu).

“Selain itu, seramai 12 orang dari Sabah Law Society (SLS) turut hadir memberikan perkhidmatan Nasihat Undang-undang secara percuma kepada masyarakat setempat. Manakala, badan bukan kerajaan (NGO), empat wakil Lexis Nexis dari Kuala Lumpur turut mengambil bahagian.

“Kumpulan ini datang untuk meninjau dan menilai aspek bantuan yang boleh disalurkan untuk kemudahan murid di SK Kaigaran. Mereka juga telah menyumbangkan alat tulis dan buku untuk murid melalui Guru Besar sekolah berkenaan.

“Kami turut disertai Pasukan 4×4 yang membantu pengangkutan pegawai dari Mahkamah Kota Kinabalu dan Ranau. Mereka turut menyumbangkan barangan makanan kepada penduduk kampung yang menghadiri program itu,” katanya.

Nixon berkata, pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Daerah Ranau, Ketua Polis Daerah Ranau, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Guru Besar SK Kaingaran, Bahagian Perhubungan Parlimen Ranau dan Pejabat ADUN Kundasang UPPM, SLS, Lexis Nexis, Pasukan 4×4, Ketua Orang Asli, JPPK semua kampung yang terlibat, dan RELA yang menjayakan pelaksanaan program ini.

Beliau turut meluahkan penghargaan kepada Datuk Jonathan Yasin Ahli Parlimen Ranau merangkap Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri yang turut hadir pada program dan meninjau kaunter perkhidmatan Mahkamah, SLS, JPN dan NGO.

Sementara itu, Guru Besar SK Kaingaran Ranau, Dr Atong Antong berkata, manfaat yang diperolehi daripada program itu amat memberi inspirasi kepada penduduk tempatan di sini terutama aspek memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat menjayakan program ini dan berharap agar usaha seperti itu dapat diteruskan dan objektif program akan memberi impak positif serta mencapai sasarannya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya