HomeIsu tempatanBomba selamatkan wanita bersalin dalam kereta

Bomba selamatkan wanita bersalin dalam kereta

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita menghadapi detik cemas ketika melahirkan bayinya sendiri di dalam sebuah kenderaan di Jalan Lintas dekat sini pada Rabu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.50 petang tadi (1 Jun) mengenai kejadian tersebut.

Katanya, pemanggil atau pengadu iaitu Timbalan Pengarah JPBM Sabah, Farhan Suyfan Borhan yang kebetulan lalu di lokasi tersebut dan turut memberikan bantuan dalam operasi itu.

Pada awalnya, Farhan terlihat kelibat seorang wanita terbaring di dalam kenderaan dan gelagat seorang lelaki berdepan kecemasan lalu beliau terus memberhentikan kenderaan, apabila menyedari kejadian sebenar dan bertindak menghubungi panggilan kecemasan Balai Bomba Lintas dan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Farhan, wanita yang berusia 39 tahun itu menaiki Perodua Viva bersama suaminya terpaksa berhenti di tepi jalan sebelum melahirkan bayi perempuan di dalam kenderaan berkenaan kerana tidak sempat sampai ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas, akibat kesesakan jalan raya.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba Lintas bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati ada seorang wanita bersalin sendiri di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu oleh suaminya.

Bomba dan petugas kesihatan berada di lokasi kejadian menyelamatkan seorang wani

“Pasukan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba bertindak mengikat tali pusat bayi dan mengeluarkan mangsa dari dalam keretanya setelah petugas kesihatan selesai memotong tali pusat dan dipindahkan ke ambulan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 2.10 petang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya