HomeUtamaTTS pertimbang kenaikan bayaran Malim Gunung,Porter

TTS pertimbang kenaikan bayaran Malim Gunung,Porter

Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU : Taman-Taman Sabah (TTS) bersetuju untuk mempertimbangkan kenaikan bayaran upah Malim Gunung dan Porter di Gunung Kinabalu.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TTS Peter Lintar berkata, tugas dan tanggungjawab Malim Gunung dan Porter sentiasa berhadapan dengan risiko yang tidak dijangka.

“Justeru itu, sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen Malim Gunung dan Porter Gunung Kinabalu, pengurusan TTS pada dasarnya telah bersetuju untuk mempertimbangkan kenaikan upah.

“Pihak TTS berharap dengan kenaikan kadar upah ini akan memberi lonjakan semangat dan dorongan kepada mereka agar meneruskan perkhidmatan yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Memperingati Mangsa Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu di sini hari ini.

Peter berkata, Persatuan Malim Gunung perlu menyediakan prosedur standard operasi (SOP) pengurusan dan pengoperasian Perkhidmatan Malim Gunung sebelum kenaikan ini dilaksanakan.

Katanya, SOP itu bagi memastikan peranan dan tanggungjawab Malim Gunung lebih jelas dan telus.

“Penyediaan SOP ini penting bagi menjamin kualiti perkhidmatan Malim Gunung agar setimpal dengan kenaikan upah yang telah dipersetujui oleh pengurusan Taman,” katanya.

Tragedi gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015 merupakan peristiwa hitam yang tidak akan luput dalam lipatan sejarah Sabah khususnya sekitar Gunung Kinabalu.

Gempa Bumi berukuran 6.0 skala Richter itu telah meragut nyawa empat orang Malim Gunung dan 14 orang pendaki.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya