HomeUtamaLelaki mabuk pandu lawan arus ditahan 

Lelaki mabuk pandu lawan arus ditahan 

Read Time:1 Minute, 12 Second

CYBERJAYA — Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dengan melawan arus di Lebuhraya Persekutuan, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian berlaku pada 5.50 pagi selepas disedari oleh sepasukan anggota pasukan peronda polis (MPV) yang melakukan tugas rondaan cegah jenayah di lebuh raya terbabit.

Katanya, mereka mengesan sebuah kereta Perodua Axia dipandu secara melawan arus dan berbahaya sebelum mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun, dia enggan memberikan kerjasama dan terus melarikan diri menghala ke susur masuk Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

“Anggota pasukan MPV akhirnya berjaya menahan kenderaan itu di Jalan Klang Lama dan pemandunya ditangkap,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian pernafasan menggunakan mesin ‘evidential breath analyzer’ (EBA-II) mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan untuk pemanduan.

“Dia ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan.

Beliau berkata, bagi melengkapkan siasatan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka dan merakamkan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan.

“Saksi atau pemilik rakaman boleh datang terus ke IPD Petaling Jaya atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Petaling Jaya, Sarjan Mohd Sahidun Saiban di talian 011-3340775,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya