HomeIsu tempatanPDRM usir Bot Jongkong Indonesia di Perairan Tawau

PDRM usir Bot Jongkong Indonesia di Perairan Tawau

Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU — Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) telah menahan dan memeriksa sebuah bot Jongkong Warga Indonesia di Kawasan Laut Burst Point, Pulau Sebatik, Tawau.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau, DSP Ridzauddin Bin Selamat berkata pihaknya telah berjaya menahan dan periksa sebuah Bot jenis Jongkong yang dipandu oleh seorang lelaki bukan warganegara berumur 40 tahun bersama 4 penumpang yang terdiri daripada 2 lelaki dewasa dan 2 wanita dewasa.

Menurutnya,  Hasil pemeriksaan mendapati, pemandu bot dan penumpang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan telah memasuki Perairan Malaysia. 

Pemandu bot berkenaan dan penumpang  telah diberi penerangan berkaitan pematuhan SOP COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998. 

Bot Jongkong tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan Pemandunya diarahkan serta diberi amaran supaya tidak kembali semula ke Perairan negara.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor ‘013-9391197’ atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian ‘089-983628’ bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya