Pelan Anti Rasuah KPD, LIGS, Ko-Nelayan, Jabatan Perikanan dilancarkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Semua kakitangan kementerian, dan jabatan serta agensi di bawahnya digesa sentiasa menjaga integriti dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program dalam projek pembangunan.

Hari ini, Kementerian Pertanian dan Perikanan melancarkan Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (OACP) bagi Jabatan Perikanan dan tiga agensi di bawah kementerian itu iaitu Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Ko-Nelayan.

OACP ialah dokumen asas antirasuah di peringkat organisasi untuk membendung kelemahan dan isu berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam sesebuah organisasi.

Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, OACP adalah lanjutan kepada OACP untuk kementerian itu yang dilancarkan pada 27 Ogos tahun lepas.

“Usaha berterusan kementerian untuk membangunkan dokumen antirasuah sendiri di semua peringkat menunjukkan komitmennya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih berkesan dan lebih telus.

“Pada masa sama, OACP ini mencerminkan kementerian, serta jabatan dan agensi di bawahnya, sebagai organisasi bebas rasuah yang mempunyai nilai integriti yang tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Minggu Integriti kementerian di sini hari ini .

Jeffrey turut mengucapkan terima kasih kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dan Unit Integriti dan Tadbir Urus Sabah atas sokongan dan bantuan dalam penganjuran majlis tersebut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *