HomeIsu tempatan38 juruterbang paragliding sertai acara Adlin Cup 22

38 juruterbang paragliding sertai acara Adlin Cup 22

Read Time:2 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Seramai 38 juruterbang paragliding menyertai acara Adlin Cup 22 di tapak terbang Borneoparagliders, Ranau pada 28 Mei baru-baru ini.

Adlin Cup merupakan acara tahunan yg mengumpulkan juruterbang dalam satu pertandingan ketepatan mendarat.

Menurut jurucakap panganjur acara Adlin Cup 22 dalam satu kenyataannya, acara ini diasaskan sempena nama mantan Pengerusi Pelancongan Sabah, Tengku Zainal Adlin, acara ini amat ditunggu-tunggu terutama juruterbang paragliding Sabah untuk beradu kemahiran dan kehebatan dalam pencarian gelaran sang juara.

“Acara yang pertama kali diadakan pada tahun 2016, kembali semula untuk siri ke empat selepas berehat selama tiga tahun berikutan pandermik Covid-19. Selain dari kategori individu, kategori pasukan adalah menjadi sasaran utama juruterbang. Adlin cup adalah medan bagi pasukan merebut gelaran pasukan terbaik negeri Sabah,” kata kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurutnya, pasukan Bongawan Eagle merupakan juara pada semua siri sebelum ini. Selain Bongawan, siri yang lepas juga disertai pasukan Kota Kinabalu Tambadau, Lahad Datu Rhino, Tawau Dragon, Penampang Ultra, Tuaran Transformer, Keningau Onsoi, Kota Belud Pegasus dan Beaufort Hornet.

“Dalam kejuaraan seumpama ini, juruterbang akan terbang dari tapak berlepas di atas bukit dan mendarat di sasaran titik mendarat. Semua akan mengulangi penerbangan sebanyak enam pusingan. Ukuran jarak terkecil dari titik sasaran bagi keseluruhan enam pusingan adalah pemenang,”jelasnya.

Setelah lama berehat, Adlin Cup 22 dilihat sebagai medan untuk pasukan baru muncul mencipta sejarah memadam penguasaan Bongawan Eagle, dan menjadi pasukan kedua menjulang piala. Namun pasukan Bongawan Eagle yang dianggotai Haznain, Sawrian , Asmawati dan Zulleesyam, masih lagi utuh mempertahan piala.

Manakala, pasukan lain mengikut urutan kedudukan adalah Widad Avangers, 5 Bgd Troopers, UMS D’Force, Api-Api, Kota Belud Pegasus, Sky Selangor dan Ranau Parkiss. Sekali lagi, Bongawan Eagle selaku Juara pasukan membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai bernilai rm1000.

Dalam pada itu, pasukan Widad Avengers hampir mencipta sejarah merampas Piala Adlin pada siri ini. Pada lima pusingan awal , pasukan yang dianggotai juruterbang muda, sentiasa mendahului Bongawan dan dijangka akan menjadi pasukan yg akan menjulang piala.

Bagaimanapun pada pusingan terakhir, Pengalaman Bongawan yg merupakan otai memintas di saat-saat akhir. Cuaca yang terik di tengahari sangat mencabar penerbangan dan merubah rentak pertandingan, menyebabkan Avengers hanya mampu berpuas hati sebagai Naib Juara.

Bagi kategori individu, juara keseluruhan disandang Mohd Irfan Esmadol (Troopers) diikuti Haznain Ngamil (Bongawan) sebagai Naib Juara, Rexy Joiny (Avengers) di tempat ketiga, Rexnol Joiny (Avengers) keempat, dan Zulleesyam (Bongawan) kelima. Selain medal , Juara kategori individu membawa pulang hadiah wang tunai, dan tiket penerbangan Tajaan MASwings.

Mwnurut kenyataan itu lagi, kejuaraan kali ini memperlihatkan ramai wajah-wajah baru dan juruterbang muda yang dilihat amat berbakat dan mempunyai peluang ke kejuaraan peringkat dunia.

“Pasukan 5 Brigade Troopers, yang mewakili pasukan 5 Brigade Kem Lok Kawi diangkat sebagai Juara Kategori Jabatan Kerajaan.

“Selain dari juruterbang tempatan, Adlin Cup kali ini juga mendapat penyertaan dari semenanjung Malaysia. Sky Selangor menjadi satu-satunya pasukan luar sabah yang turut menjadikan Adlin Cup kali ini lebih menarik.

“Dari sudut yg lain, siri kali ini memperlihat ramai juruterbang muda yang semakin meningkat naik dan mencabar juruterbang senior. Ini adalah satu petanda yg sukan ini semakin berkembang dan sabah mempunyai ramai juruterbang muda bagi menyambung cabaran akan datang.

“Sebagai negeri yang telah melahirkan Sawrian juruterbang dari Beaufort selaku juara dunia 2015 di sirkit Paragliding Dunia, Adlin Cup dilihat sebagai landasan terbaik dalam pencarian jaguh ke peringkat dunia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya