Program bersama komuniti maritim, beri penekanan keselamatan aktiviti laut

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya mengadakan program khusus bersama komuniti maritim di Taman Usba Kampung Batu Payung sempena sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim peringkat kebangsaan di sini baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, sambutan ini diadakan secara serentak diseluruh negara bagi memperingati tarikh pengambilalihan tugas mengkoordinasi operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) daripada Jabatan Laut Malaysia pada 6 Jun2006.

“Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada komuniti maritim agar sentiasa peka akan keselamatan kendiri sebelum atau semasa berada di laut.

“Antara pengisian utama program adalah sesi taklimat keselamatan dan penggunaan alat keselamatan di laut sebagai peringatan dan nasihat kepada komuniti agar memberi perhatian terhadap keperluan peralatan keselamatan dan penekanan pemakaian jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Shahrizan berkata, program itu turut diserikan dengan penyampaian sumbangan jaket keselamatan kepada wakil persatuan nelayan setempat serta pameran dari unit Carilamat Zon Maritim Tawau.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada usaha dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam meningkatkan kesedaran keselamatan di laut kepada semua komuniti maritim dengan harapan dapat mengurangkan kes kecemasan dan insiden di laut.

Laporkan sebarang kejadian kecemasan ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *