HomeIsu tempatan56 ahli PVATM terima sumbangan YNJ

56 ahli PVATM terima sumbangan YNJ

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA BELUD: Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada 56 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di sini semalam.

Sumbangan itu disampaikan isteri Yang di-Pertuan Negferi Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ bertempat di Dewan Tun Said.

Yang Dipertua PVATM Sabah Marshid Mohd Salleh berkata, sumbangan itu akan dapat membantu meringankan beban yang mereka tanggung akibat kehilangan punca pendapatan.  

“Ramai yang memerlukan bantuan namun kita dahulukan mereka yang benar-benar memerlukan seperti yang terlantar dan tidak mampu lagi keluar bekerja menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan.

“Selain itu, ada juga dikalangan ahli kita yang telah uzur namun masih menanggung persekolahan anak, melalui sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban yang mereka tanggung,” katanya.

Marshid yang mewakili ahli PVATM turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YNJ dan Syarikat Adabi Sdn. Bhd atas sumbangan yang diberikan kepada seluruh PVATM.

Dalam pada itu, balu mendiang Laskar Kanan (TUDM) Japleh Brangod, Jurina Sabidang, 55, yang bekerja sendiri menyifatkan  sumbangan yang diterimanya sebagai penghargaan atas jasa mendiang suami.

“Saya rasa terharu dan berterima kasih, sekurang-kurangnya sumbangan ini sebagai penghargaan jasa dan pengorbanan mendiang suami saya,” katanya.

Berkongsi perasaan sama, ibu kepada anak kurang upaya, Shafawati Shazana Shamlee, 39, juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YNJ dan PVATM kerana memilih anak istimewanya sebagai penerima.

“Terima kasih kepada YNJ dan PVATM kerana memilih anak saya, sumbangan ini akan digunakan untuk merawat anak istimewa saya selain mengurus perbelanjaan anak-anak yang lain,” katanya.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Wahab Sidek serta Ketua Polis Daerah Kota Belud, ASP Tajudin Padis.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular