HomeUtamaTerus perkasa, martabat bahasa dan budaya pelbagai etnik di Sabah - Yakub

Terus perkasa, martabat bahasa dan budaya pelbagai etnik di Sabah – Yakub

Read Time:1 Minute, 24 Second

SEPANGGAR : Rakyat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar diseru untuk terus memperkasa dan memartabatkan lagi bahasa serta budaya pelbagai etnik di negeri ini.

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ia adalah bagi memastikan adat budaya, resam dan bahasa ibunda dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

 “Pelbagai arus kemodenan yang tidak dapat dielakkan apabila tinggal di kawasan pinggir bandar dan sudah pasti ianya satu cabaran bagi kita.

“Maka kita perlu mengambil ruang dan peluang bagi memartabatkan budaya kita, kerana budaya ini sudah boleh menjadi salah satu sumber pendapatan dan penyumbang kepada sumber ekonomi setempat.

“Antaranya seperti dengan memperkenalkan produk makanan tradisi, tarian dan macam-macam lagi yang boleh diangkat bagi sektor pelancongan di kawasan kita selain ianya juga bukan bagi suku kaum Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) sahaja, akan tetapi bagi semua suku kaum yang berada di kawasan ini agar sama-sama mendapat limpahan daripada arus kemodenan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Majlis Pesta Kaamatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai di sini hari ini.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, pihaknya turut mengambil langkah dengan menubuhkan KDMR Sepanggar bagi memastikan agar suku kaum KDMR di Parlimen Sepanggar akan terus terpelihara.

Katanya, ianya juga adalah bagi memastikan rakyat di DUN Karambunai dan Sepanggar terus bersatu hati demi melahirkan Keluarga Malaysia yang sebenar.

“Mudah-mudahan usaha kecil saya ini dan rakan seperjuangan semua dapat menjadi penyumbang kepada generasi kita pada masa akan datang dalam mewarisi budaya, adat resam dan budaya ibunda kita.

“KDMR Sepanggar ini lebih kepada sebuah gerakan bagi membudayakan atau memulihara budaya yang sedia ada,” katanya.

Terdahulu, Yakub turut menyalurkan peruntukan bagi membina Dewan Terbuka bersebelahan Dewan Sarayo Kampung Malawa.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya