HomeUtamaJubin retak sebabkan kekecohan di Harbour Mall Sandakan

Jubin retak sebabkan kekecohan di Harbour Mall Sandakan

Read Time:1 Minute, 3 Second

SANDAKAN : Bunyi kuat jubin retak di sebuah lot kedai di Harbour Mall di sini menyebabkan orang ramai berlari keluar kerana menyangkakan bangunan tersebut akan runtuh.

Susulan video kejadian itu yang tular, pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah itu menerusi kenyataan menyangkal dakwaan bahawa bangunan itu runtuh, namun mengakui terdapat bunyi kuat daripada tingkat empat premis itu.

“Ya, terdapat bunyi kuat daripada tingkat empat. la berpunca daripada satu bahagian kecil jubin lantai yang retak pagi ini.

“Kami memberi jaminan bahawa bangunan pusat beli-belah kami adalah dalam keadaan kukuh dan tiada isu struktur seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab,” menurut kenyataan yang dilaporkan Bernama di sini semalam.

Pihak pengurusan Harbour Mall meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak mempercayai serta menyebar berita palsu tanpa mengesahkan kebenarannya.

Sementara itu, Unit Penguatkuasa CIDB Cawangan Sandakan telah membuat pemeriksaan di premis tersebut selain turut bertemu pihak pengurusan, keselamatan dan pemilik premis untuk siasatan lanjut.

CIDB Cawangan Sandakan menerusi hantaran di Facebook menyatakan pihaknya mendapati hanya berlaku jubin pecah di salah sebuah lot kedai sahaja dan bukannya pada struktur bangunan berkenaan.

Bagaimanapun pihak CIDB akan menyiasat lebih lanjut sekiranya ianya berkaitan dengan Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Pihak CIDB turut menyeru agar tidak menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan rasa panik kepada pengunjung.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya