HomeIsu tempatanYNJ serah sumbangan kepada anak yatim, mangsa banjir di Pitas

YNJ serah sumbangan kepada anak yatim, mangsa banjir di Pitas

Read Time:41 Second

PITAS:   Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menyampaikan sumbangan dan peralatan sekolah kepada 87 anak-anak yatim sekitar daerah ini.

Sumbangan disampaikan Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dataran Bengkoka di sini kelmarin.

Terdahulu, Toh Puan Norlidah yang juga Penasihat YNJ turut menyampaikan sumbangan kepada 396 Ketua Isi Rumah (KIR) di Dewan Masyarakat Pitas.

Para penerima sumbangan tersebut merupakan mangsa banjir dari enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu PPS Dewan Kusilad, Dewan SK Salimpodon, Dewan Kg. Kabatasan, Dewan SK Rukom, Dewan SK Pekan 2 dan Dewan Kanibongan pada kejadian banjir Januari lalu.

Turut hadir, Pembantu Menteri Sains Dan Teknologi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pitas, Datuk Ruddy Awah, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap ADUN Bengkoka, Harun Durabi dan Pegawai Daerah Pitas, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular