HomeLuar negaraDiselamatkan selepas empat hari terperangkap dalam perigi 

Diselamatkan selepas empat hari terperangkap dalam perigi 

Read Time:1 Minute, 33 Second

AFP

RAIPUR: Pekerja kecemasan menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun semalam, dari perigi sempit selepas dilaporkan terperangkap sejak lebih empat hari lalu, menurut pihak berkuasa tempatan. 

Rahul Sahu yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan, jatuh ke dalam perigi sedalam 24 meter petang Jumaat lalu, ketika bermain di halaman belakang rumahnya di wilayah tengah, Chhattisgarh.

Jentera penolak tanah dan kren digunakan untuk membantu menggali terowong di sebelah telaga, dengan kelebaran yang kecil.

Anggota tentera dan agensi tindak balas bencana India turut membantu dalam operasi berkenaan.

“Sahu berjaya diselamatkan dengan selamat atas doa semua orang dan usaha gigih dari pasukan penyelamat,” ciap Ketua Menteri, Bhupesh Baghel di Twitter Lapor BH yang mengambil sumber laporan AFP.

Pegawai pentadbiran daerah tempatan, Jeetendra Shukla memberitahu wartawan bahawa budak lelaki itu hidup tetapi lemah dan sudah dikejarkan ke hospital di daerah berdekatan.

“Seekor ular dilihat di lubang yang sama tetapi budak lelaki itu sudah menunjukkan keberaniannya dan kekal tenang ketika operasi menyelamatnya,” katanya.

Katanya, cuaca buruk serta ancaman ular berbisa dan kala jengking yang ditemui ketika penggalian turut menghalang usaha menyelamat.

Ketua Polis Daerah Janjgir, Vijay Agrawal ketika dihubungi dari lokasi kejadian berkata, ketika operasi menyelamat, kamera digunakan untuk memantau keadaan dan pergerakan budak itu.

“Memandangkan budak itu tidak boleh bercakap atau mendengar, kami berdepan cabaran lebih besar,” katanya.

Jurucakap kerajaan berkata, sebuah paip oksigen disediakan bagi menyalurkan udara segar kepada Sahu ketika usaha menggali terowong terhalang oleh batu keras yang berada di bawah. 

Perigi yang tidak berbumbung adalah ciri umum yang terdapat di perkampungan petani di India dan sering mengakibatkan kemalangan maut yang membabitkan kanak-kanak kecil.

Pada 2019, seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang ditarik keluar dari perigi, maut selepas usaha menyelamatnya selama empat hari di negeri utara Punjab.

Pada tahun sama, seorang kanak-kanak berusia satu setengah tahun diselamatkan di wilayah Haryana selepas terperangkap selama dua hari.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular