HomeIsu tempatanYayasan Sabah beri fokus kepada pembangunan modal insan

Yayasan Sabah beri fokus kepada pembangunan modal insan

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Yayasan Sabah (YS) akan terus memberi fokus kepada pembangunan modal insan khususnya dalam bidang pendidikan.

Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanfiah Diman berkata, Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Melalui enakmen tersebut, Yayasan Sabah beroperasi sebagai badan berkanun melalui dua fungsi iaitu komersial dan sosial.

“Sektor komersial berfungsi bagi mencari dana melalui industri perniagaan, perladangan, pelancongan, pembangunan hartanah, perikanan dan industri makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat rombongan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Putatan diketuai pengerusinya, Nanih Abah @ Nancy Wong di Menara Tun Mustapha, di sini semalam.

Hanfiah berkata, bagi sektor sosial pula ianya beroperasi bagi menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta menyediakan bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan, institusi kebajikan dan mangsa-mangsa bencana alam.

“Daripada perolehan tersebutlah objektif utama Yayasan Sabah dapat dicapai dengan menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang memerlukan dan juga bagi pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara,” katanya.

Kunjungan itu diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan BSMM Putatan kepada Hanafiah selain membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan terutama bagi meningkatkan kepentingan pertolongan cemas kepada generasi muda serta memaklumkan aktiviti-aktiviti kesukarelawan yang telah dan sedang berjalan sepanjang tahun ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BSMM Putatan, Adenan Ibrahim; Naib Pengerusi II BSMM Putatan, Jerome Conahap; Setiausaha Kehormat BSMM Putatan, Zainuddin Moksil; Pegawai Seranta BSMM Putatan, Azman Jumat; Quartermaster BSMM Putatan, Azami Jumat serta Pegawai Penjaga Unit Link, Belia dan Pasukan Bantuan Sukarela, Mohd Hadzim Qayyum Hadzmie.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya