HomeSukanPM, CM ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia...

PM, CM ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023

Read Time:1 Minute, 49 Second

CYBERJAYA -— Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuji dan mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang layak ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun untuk beraksi dalam saingan itu.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan barisan pemain kebangsaan yang berjuang hingga ke tiupan wisel terakhir apabila membenam Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.

“Sejarah tercipta buat Malaysia! Tahniah juga kepada para penyokong yang menyokong pasukan kita tanpa berbelah bagi. Kita teruskan perjuangan di Piala Asia 2023!,” kata Perdana Menteri. 

Ismail Sabri yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu turut memberikan kata-kata semangat apabila Malaysia menjaringkan gol. 

Perdana Menteri turut menyifatkan persembahan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada malam ini sangat baik dan membanggakan.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut berkongsikan kejayaan pasukan bolasepak negara itu

’ Kita ke Piala Asia 2023, Tahniah Malaysia tulisnya di laman facebooknya.

Beliau yang turut mengepilkan 2 keping foto pasukan Malaysia yang sedang meraikan kemenangan mereka malam tadi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri ketika ditemui pemberita di stadium selepas perlawanan melahirkan rasa syukur dengan kemenangan Harimau Malaya pada malam tadi.

“Saya ucapkan tahniah kepada pemain kita yang berusaha keras berjuang bermatian untuk memastikan kemenangan ini,” katanya.

Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong Malaysia yang berada di stadium ataupun menonton di televisyen yang memberikan semangat kepada pasukan negara.

“Saya doakan selepas berjuang (habis-habisan) di Kelayakan Piala Asia kita boleh memberikan hadiah besar kepada Keluarga Malaysia dengan kejayaan di Piala Asia,” katanya.

Malaysia menamatkan penantian lebih empat dekad apabila melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023.

Keempat-empat gol pasukan negara malam ini masing-masing dijaringkan Muhammad Safawi Rasid, Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain gantian Darren Lok.

Gol tunggal pasukan Bangladesh dijaringkan Mohammad Ibrahim.

Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun sudah 42 tahun pasukan negara gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait.

RELATED ARTICLES
Utama

24 sambungan paip haram di Kg Suang Parai, Kg Brunei dipotong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular