HomeUtamaSyarikat pawagam didenda RM 45,000 di bawah kesalahan pencatutan

Syarikat pawagam didenda RM 45,000 di bawah kesalahan pencatutan

Read Time:1 Minute, 12 Second

CYBERJAYA — Sebuah syarikat pawagam, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. (GSC) dijatuhkan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen di Melaka baru-baru ini, atas kesalahan mencatut.

Memetik laporan portal Utusan, Pencatutan itu melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato.  

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. 

“Hakim Nariman Badruddin telah membuat keputusan bahawa suatu kes melampaui keraguan yang munasabah atau beyond reasonable doubt terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan oleh pihak pembelaan. 

“Setelah mahkamah mendengar rayuan pengurangan hukuman daripada peguam bela bagi orang kena saman (OKS) serta hujahan imbangan pemberat dari pihak pendakwaan, maka hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 bagi pertuduhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norena, mengikut pertuduhan, GSC didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

Jelasnya lagi, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan kali pertama dan kesalahan dilakukan lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.

“Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi, Keh Shu Min dan dibantu oleh Pegawai Pendakwa Sallim Wahid, manakala tertuduh diwakili peguam Joshua Teoh Beni Chris dan Desmond Liew Zhi Hong,” ujarnya

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan MB Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya