HomeUtamaHubungan persahabatan dan kerjasama Sabah - China diperkukuhkan

Hubungan persahabatan dan kerjasama Sabah – China diperkukuhkan

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berharap hubungan persahabatan yang baik dan kerjasama yang erat di antara Sabah dan China dalam pelbagai bidang dapat diperkukuhkan lagi untuk manfaat dan faedah kedua-dua pihak.

Katanya, Sabah mengalu-alukan para pelabur dari negara China untuk melabur di negeri ini, selain kedatangan para pelancong dari negara itu, memandangkan Sabah mempunyai banyak sumber semulajadi yang cantik dan unik.

“Saya berharap Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu yang baharu, Huang Shifang dan Pejabat Konsul Jeneral di sini akan memainkan peranan penting membantu mempromosi Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan dan pelaburan utama kepada rakyat China.

Hajiji yang mengalu-alukan Huang ke Sabah, berharap ramai pelancong China akan melawat Sabah apabila rakyat negara itu dibenarkan kembali melancong ke luar negara.

“Kita mempunyai hubungan yang baik dengan China selama ini dan Sabah sangat mengalu-alukan kedatangan pelancongan daripada negara China. Ini akan membantu pertumbuhan industri pelancongan negeri ini”, katanya semasa menerima kunjungan hormat daripada Huang di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Huang yang mengganti tempat Liang Caide, tiba di Kota Kinabalu pada 30 Mei baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU), Jasmin Teo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad dan Datuk Madiyem Layapan dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr Roland Chia.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular