PICKids : Pemberian vaksin kepada kanak-kanak diberikan secara percuma selama lima hari

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

SEMPORNA : Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) diadakan semula secara percuma selama lima hari bermula Isnin ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, inisiatif itu adalah bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka bagi menerima suntikan vaksin secara percuma.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan pemberian vaksin menerusi PICKids secara percuma bermula 20 hingga 24 Jun ini iaitu minggu depan selama lima hari.

“Kita memberi peluang ini dimana kita berpendapatan ada ibu bapa yang telah membuat keputusan baharu untuk memberikan suntikan kepada anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Noor Azmi berkata, ibu bapa juga tidak perlu rasa ragu kepada pemberian vaksin kepada kanak-kanak adalah selamat selain turut membantu kejayaan kepada penurunan kes COVID-19 susulan pengambilan vaksin.

“Dengan adanya contoh-contoh kejayaan yang ada selain penurunan kes menerusi pemberian vaksin ini juga, ibu bapa diingatkan untuk tidak risau.

“Jadi inilah peluang, saya seru kepada ibu bapa untuk mengambil peluang ini yang diadakan selama lima hari.  Pemberian akan dilaksanakan di semua klini kesihatan KKM dan tiada temujanji, ibu bapa boleh datang terus secara ‘walk-in’,” katanya.

Sebelum ini PICKids yang dilancarkan pada 3 Februari lalu bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun ditamatkan pemberiannya pada 30 Mei lalu dengan 33 peratus daripada mereka lengkap menerima dua dos.

Selepas itu KKM memaklumkan mulai 31 Mei hingga 31 Januari 2023, vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak berusia lima tahun pada atau selepas 31 Mei 2022 hanya ditawarkan melalui klinik kesihatan (KK) dan klinik swasta yang masih beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *