HomeUtama79,000 kanak-kanak di Sabah tercicir menerima pelbagai jenis vaksin

79,000 kanak-kanak di Sabah tercicir menerima pelbagai jenis vaksin

Read Time:2 Minute, 5 Second

SEMPORNA : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama pelbagai agensi akan meneruskan pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang tercicir pelbagai vaksin di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, dianggarkan terdapat 79,000 kanak-kanak  di Sabah tercicir untuk menerima pelbagai jenis vaksin.

Katanya, pemberian pelbagai jenis vaksin itu akan diteruskan sehingga jumlah kanak-kanak yang tercicir vaksin adalah pada tahap minima.

“Di kesempatan ini, saya ingin menegaskan bahawa imunisasi adalah cara yang selamat dan berkesan dalam mencegah penyakit berbanding kos merawat komplikasi termasuk kecacatan akibat penyakit cegahan vaksin.

“Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah dilaksanakan secara berfasa sejak Februari 2021 untuk petugas barisan hadapan, golongan warga emas, dewasa, ibu mengandung, remaja dan kanak-kanak seawal umur lima tahun. 

“Sehingga 25 Mei 2022, liputan vaksinasi COVID-19 bagi dos pertama adalah 76.11 peratus dan dos kedua adalah sebanyak 72.75 peratus manakala bagi populasi di Sabah seramai 3,418,785 orang (DOSM 2020),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Imunisasi peringkat Kebangsaan di sini semalam.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Dr Rose Nani berkata, PICK telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kejadian penyakit COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 serta kematian akibat COVID-19 terutamanya dalam kalangan individu berisiko tinggi.

Sementara itu, beliau berkata, kejadian wabak polio yang berlaku di Sabah telah berjaya ditamatkan pada 11 September 2021 melalui Kempen Imunisasi Polio (KIP) yang dijalankan di negeri ini pada tahun Disember 2019 hingga awal 2021.

Katanya, jumlah kes polio yang dilaporkan di negeri Sabah adalah sebanyak empat kes di mana satu kes dilaporkan pada tahun 2019 dan tiga kes lagi dilaporkan pada tahun 2020.

“Sepanjang tempoh kempen imunisasi polio dijalankan di Sabah, seramai 809,261 (95 peratus) kanak-kanak (warganegara dan bukan warganegara) di bawah 13 tahun telah menerima lengkap dos vaksin bOPV manakala 784,062 (92 peratus) pula telah menerima lengkap dos vaksin mOPV jenis 2,” katanya.

Tambahnya, perkhidmatan imunisasi sentiasa menjadi salah satu keutamaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Melalui Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP), KKM telah menyediakan  pelbagai jenis vaksin iaitu BCG, Hepatitis B, Hexaxim (DTaP-Hep B-IPV-Hib), Pneumokokal, Measles, MMR, DT, HPV, Tetanus untuk golongan kanak-kanak sejak mereka dilahirkan sehingga mereka berusia 15 tahun.

“Di Sabah, seramai 795,000 (90 peratus) kanak-kanak di bawah 15 tahun telah menerima vaksinasi lengkap bagi pelbagai jenis vaksin yang ditawarkan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya