HomeSukanSabah FC sedia cipta kemenangan, mahu kukuhkan kedudukan dalam Liga Super

Sabah FC sedia cipta kemenangan, mahu kukuhkan kedudukan dalam Liga Super

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC yakin akan mengekalkan momentum kemenenangan apabila melayan kunjungan Sri Pahang FC di Stadium Likas di sini malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, kemenangan itu penting bagi memastikan kedudukan dalam Liga Super akan sentiasa terjamin selain beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Katanya selepas menentang Sri Pahang FC, pasukanya akan berdepan dua perlawanan sangat penting di tempat lawan iaitu bertemu Selangor FC pada 28 Jun dan Negeri Sembilan FC pada 3 Julai depan.

Beliau turut berharap agar anak-anak buahnya dapat mencapai keputusan yang lebih positif.

“Kita anggap perlawanan dengan Sri Pahang FC malam esok adalah merupakan satu perlawanan yang saya percaya sangat penting.

“Ini bukan sahaja untuk memastikan kita teruskan mencapai momentum kemenangan  berterusan malah cuba mempamerkan aksi cemerlang ketika bermain di gelanggang sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mengulas perlawanan persahabatan antarabangsa di Indonesia baru-baru ini, Kim Swee berkata, tempoh rehat selama sebulan digunakan sebaik-baiknya oleh Sabah FC  bagi mendapatkan kombinasi serta memperbaiki apa juga kelemahan yang ada.

“Kita percaya selepas tiga perlawanan di Indonesia ..Sabah FC mempelajari banyak aspek daripada segi kekuatan dan kelemahan jadi ini penting untuk kita bersiap sedia menghadapi pasukan Sri Pahang FC malam esok,” katanya.

Pada malam esok semua pemain berada pada prestasi terbaik untuk diturunkan kecuali Naim dan Dirga sahaja mengalami kecederaan.

“Selain daripada itu semua pemain berada pada tahap yang cukup baik. Saddil kita tahu bersama pasukan Indonesia baik pasukan Bawah 23 mahupun pasukan senior Indonesia.

“Beliau pasti mengalami sedikit keletihan tetapi kita akan lihat bagaimana daripada segi kepenatan Saddil ketika bersama pasukan Indonesia untuk saya pertimbangkan sama ada beliau akan diturunkan ataupun tidak malam esok,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular