HomeIsu tempatanKapal tangki bawa 170,000 liter diesel tanpa kebenaran ditahan

Kapal tangki bawa 170,000 liter diesel tanpa kebenaran ditahan

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Sebuah kapal tangki yang membawa sejumlah 170,000 liter diesel bernilai hampir RM900,000 berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kawasan perairan Teluk Sepanggar, di sini kerana disyaki membawa diesel tanpa kebenaran serta pelbagai kesalahan lain.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, kapal tangki itu dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam satu operasi khas di kedudukan 0.2 batu nautika tenggara Teluk Sepanggar sekitar jam 2 petang semalam.

Katanya, kapal tangki terbabit dikendalikan empat kru termasuk nakhoda dan kesemuanya merupakan warga tempatan berusia antara 24 hingga 72 tahun.

“Pemeriksaan ke atas muatan menemukan sejumlah 170,000 liter minyak diesel yang tidak diisytiharkan dan tiada dokumentasi yang sah.

“Selain itu, pemeriksaan lanjut ke atas sistem navigasi dan rekod pergerakan kapal mendapati ianya sengaja dimatikan dan menimbulkan kecurigaan kepada pasukan menggeledah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosli berkata, pemeriksaan dokumentasi turut menemui pelbagai kesalahan lain seperti pertukaran butiran syarikat tidak dimaklumkan kepada pendaftar kapal.

Katanya, kapal yang berdaftar di negara ini beroperasi tanpa kru yang lengkap seperti di dalam Daftar Keselamatan Kapal (Safe Manning-Ship Personal), nakhoda kapal, ketua jurutera dan kru kapal tidak memenuhi syarat kompetensi sepatutnya, serta peralatan keselamatan tidak mencukupi.

“Kapal dan kru seterusnya ditahan dan diiring ke Jeti Maritim Sepanggar, Kota Kinabalu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Katanya, orang ramai turut diseru untuk melaporkan sebarang salah laku jenayah di laut terutamanya di perairan Sabah dan Labuan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774 atau melalui talian kecemasan MERS 999.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya