HomeUtamaMUTIARA GRS akan terus pelbagaikan program demi manfaat rakyat

MUTIARA GRS akan terus pelbagaikan program demi manfaat rakyat

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) akan terus mempelbagaikan lagi programnya di peringkat akar umbi yang memberi manfaat kepada golongan memerlukannya.

Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Juliah Salag, berkata menerusi program kerja lapangan, ahli-ahli MUTIARA GRS dapat menyelami sendiri kehidupan rakyat khususnya di kawasan kampung dan pedalaman, sekali gus masalah yang mereka hadapi.

“Kita bersyukur kerana sudah boleh turun padang untuk mengadakan pelbagai program bersama rakyat di peringkat akar umbi terutama dalam Fasa Peralihan ke Endemik ini.

“Sudah pasti dengan pendekatan ini, tentunya MUTIARA GRS dapat menyumbangkan cadangan dan saranan kepada wakil rakyat (suami) untuk membantu meningkatkan lagi tahap kehidupan masyarakat di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS Kali Pertama 2022 di Mini Auditorium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Sabtu.

MUTIARA GRS berjaya didaftarkan dengan rasminya pada 21 April 2021 dan nama pertubuhan itu adalah hasil nukilan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, iaitu daripada nama sebutir permata yang amat terkenal di Sabah, Mutiara.

Juliah turut melahirkan rasa bangga dengan komitmen semua ahli MUTIARA GRS yang terus cekal dan komited terhadap agenda gerak kerja amal yang telah ditetapkan walaupun berdepan dengan kekangan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Pada awal penubuhan MUTIARA GRS, seluruh dunia termasuk negara kita masih berdepan dengan pandemik. Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang beberapa kali dibuat turut membataskan aktiviti-aktiviti kita sama ada secara fizikal atau maya.

“Semoga kita dapat bersama-sama berkongsi pendapat dan cadangan dalam mesyuarat ini untuk merancang agenda seterusnya,” katanya.

Dalam merancang program untuk rakyat, isteri Ketua Menteri itu berkata aktiviti untuk ahli MUTIARA GRS juga tidak diabaikan.

“Menjadi misi pertubuhan MUTIARA GRS untuk menjadikan ahli-ahlinya sebagai seorang yang berkualiti, berilmu, dan berketerampilan.

“Oleh yang demikian, kita juga telah mengambil langkah pro-aktif dengan mengadakan Kursus Etika Majlis Rasmi dan Pengucapan Awam untuk memperlengkapkan setiap seorang daripada kita untuk menghadapi cabaran,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular