Sabah diberi penghormatan saksikan Pelancaran Satelit MEASAT-3d di Perancis

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak terpilih untuk diberi penghormatan bagi menyaksikan Pelancaran Satelit MEASAT-3d di Guiana, Perancis pada 22 Jun ini.

Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi  Sabah Datuk Yakub Khan berkata, selain itu, seramai 60 ahli rombongan yang lain akan turut sama melihat pelancaran satelit berkenaan.

“Sabah akan diwakili oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dan bagi pihak kementerian sudah tentu kami sangat bertuah diberi peluang melihat sendiri teknologi yang difahamkan memiliki kelajuan 10 kali ganda lebih pantas dari lit teknologi  sebelumnya.

“Satelit baharu ini dijangka bakal membolehkan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi walaupun di kawasan yang terhad atau tiada sambungan darat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Konvokesyen Sabah Skill & Technology Centre (SSTC) di sini kelmarin.

Hadir sama Pengerusi SSTC Datuk John Choo dan Timbalan Pengerusi SSTC Sumardi Mohd Yusof.

Yakub berkata, pihaknya berharap agar dengan adanya satelit ini, limpahan liputan penggunaan jalur lebar yang lebih baik akan dapat dibekalkan kepada seluruh rakyat Sabah selain yang ditawarkan melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Pada majlis tersebut, seramai 367 graduan yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2021 dianugerahkan sijil dan diploma bagi Konvokesyen SSTC kali ke-3 tahun ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.