HomeIsu tempatanUMS galak budaya inovasi dalam kalangan pelajar

UMS galak budaya inovasi dalam kalangan pelajar

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan pelajar melalui pelbagai program yang dapat memberi manfaat kepada warganya dan alam sekitar.

Terbaharu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) UMS telah menganjurkan pertandingan inovasi ‘Global Nature and Human Innovation Sesi 2022 (GNHI 1.0) yang bertemakan Sustainable Development Goals (SDG).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin berkata penganjuran program seumpama itu menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan berusaha untuk mengaplikasi inovasi dalam kehidupan.

“Pada era globalisasi, dunia korporat ini memerlukan individu-individu yang berfikiran terbuka dan boleh menghasilkan pelbagai idea yang bukan sahaja memberi kemaslahatan kepada industri malah untuk masyarakat, alam sekitar dan sekaligus dunia.

“Oleh itu, amatlah penting bagi para pelajar pada masa ini untuk melibatkan diri dalam program-program sebegini untuk mendapat pendedahan dan pengalaman yang tidak ternilai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan GNHI 1.0 di Bangunan FSSA UMS, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah GNHI 1.0, Mohd Khairul Hafiz bin Abdul Halim menjelaskan program tersebut bertujuan menyediakan platform kepada mahasiswa untuk menunjukkan bakat dan kemampuan dalam mencipta dan merancang perancangan yang sistematik.

“Program ini juga membantu mencetuskan idea dan memberikan jalan penyelesaian untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia seiring penjagaan alam semula jadi,” tambahnya.

Sesi pembentangan inovasi GNHI 1.0 yang diadakan bermula 25 Mei 2022 juga turut mendapat penyertaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Pusat Luar UMS (PLUMS) kampus cawangan Sandakan.

Pada pertandingan tersebut kumpulan Smart Disinfectant-Dispenser Station merangkul johan dengan inovasi pembasmi pintar berasaskan ozon yang dilengkapi dengan pengawal mikro dan penderia.

Manakala naib johan dimenangi oleh kumpulan Seacheez, dan tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Invasibe Predatory Machine.

Satu anugerah khas turut diberikan kepada kumpulan Olilife – Waste to Wealth.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular