HomeUtama14 anggota ” geng chandra ” dituduh di Mahkamah

14 anggota ” geng chandra ” dituduh di Mahkamah

Read Time:1 Minute, 52 Second

CYBERJAYA — Seramai 14 individu termasuk dua wanita dan seorang warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng Chandra’.

Kesemua mereka mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan termasuk di dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid lapor Portal Utusan.

Mereka ialah A. Santeran, 55; Mohd. Azlisham Che Azmi, 38; C. P. Maria Prakit, 48; S. Boharaj, 29; Muhamad Fithri Mohamed Shafe, 41; Marzuki Osman, 42; Milon Masud; 30 dan K. Subramaniam, 49.

Turut dituduh bersama ialah A. Balasubramaniam, 61; Rosman Mohd. Ismail, 49; S. Puspakaran, 45; A. Raymond, 51; Noor Wadia Aziz, 39, dan Mohd. Fitri Odus, 39.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Chandra’ antara Januari 2016 hingga 12 Mac 2021 di dalam daerah Timur Laut di sini dan didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

Prosiding dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fakhrurazi Ahmad Salim; Saifuddin Rafaie dan Rohaiza Abdul Rahim sementara hanya tujuh daripada kesemua tertuduh diwakili peguam.

Tertuduh, Mohd. Fitri diwakili peguam, Khairul Fairuz Rahman manakala peguam Ahmad Abdullah mewakili tertuduh Santeran; Maria Prakit; Balasubramaniam; Subramaniam; Boharaj dan Raymond.

Mahkamah tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin meskipun peguam yang mewakili tertuduh memohon jaminan untuk anak guam masing-masing dan menetapkan sebutan semula pada 5 0gos ini.

Polis Pulau Pinang sebelum ini berjaya menumpaskan sebuah kumpulan jenayah terancang apabila menahan seramai 11 suspek anggota kumpulan itu masing-masing sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 29 hingga 61 tahun.

Kumpulan jenayah terancang itu ditumpaskan menerusi Op Cantas Tanjung III pada pukul 12 tengah hari, 24 Mei lalu yang digerakkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri dengan dibantu Bahagian Jenayah Terancang (D14), JSJ Bukit Aman.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, sindiket jenayah terancang itu dilumpuhkan ekoran penahanan ketua mereka yang ditangkap bersama sejumlah dadah di Teluk Bahang dekat sini tahun lalu.

Dalam operasi itu juga, polis turut menemukan sebutir bom tangan yang masih aktif, enam pucuk senjata api dan 185 butir peluru hidup dengan sebahagiannya disembunyikan di dalam sebuah kebun durian di kawasan Teluk Bahang. 

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri tidak pinggir wakil rakyat pembangkang, tetap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya