KM terima kunjungan hormat rombongan pengarah pendidikan negeri Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya, Tah Nia Jaman, di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Antara tujuan kunjungan hormat itu ialah untuk mengeratkan kerjasama antara Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah dengan kerajaan negeri khususnya dalam aspek pendidikan yang berkaitan urusan melibatkan sekolah dan pejabat pendidikan daerah (PPD) di Sabah.

Kunjungan hormat julung kali Tah Nia sebagai pengarah itu turut disertai barisan pegawai kanan jabatan iaitu Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Mohd Zaini Yanin; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Abidin Marjan; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Dr Mohd Kassim Tusin; Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan, Muddin Beting dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Ajijah @ Azizah Baba.

Tah Nia melapor diri sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 20 Mei lalu selepas dilantik pada 13 Mei bagi menggantikan Datuk Dr Mistirine Radin yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *