HomeIsu tempatanCubaan seludup 48,600 batang rokok putih digagalkan

Cubaan seludup 48,600 batang rokok putih digagalkan

Read Time:1 Minute, 7 Second

SANDAKAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk rokok putih disyaki dari negara jiran di sekitar Pulau Sulok, Beluran awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin Op Pluto Timur di perairan Semawang telah mengesan pergerakan tiga bot mencurigakan.

“Hasil pemantauan mendapati salah sebuah bot tersebut sedang menunda sebuah sampan dalam keadaan bergelap sekitar jam 1 pagi semalam.

“Semasa diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, ketiga-tiga bot tersebut tidak memberikan kerjasama dan telah memecut laju dalam usaha untuk melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, pasukan operasi telah mengejar untuk memintas ketiga-tiga bot suspek yang memecut ke perairan cetek berhampiran daratan.

Katanya, selepas 20 minit, salah satu bot suspek bertindak memotong tali sampan yang ditunda dan ketiga-tiga bot suspek menuju kawasan paya bakau cetek bagi melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas sampan yang ditinggalkan menemui 48,600 batang rokok putih yang dipercayai diseludup dari negara jiran dengan anggaran nilai RM33,000 beserta cukai.

“Kesemua hasil rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Sandakan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan dalang serta pelaku disebalik kegiatan penyeludupan ini Dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular