HomeIsu tempatanSemua pihak dialu-alukan beri kerjasama tangani isu anjing liar yang berkeliaran -...

Semua pihak dialu-alukan beri kerjasama tangani isu anjing liar yang berkeliaran – Noorliza

Read Time:2 Minute, 33 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memandang serius dan mengalu-alukan semua pihak beri kerjasama dalam menyelesaikan isu anjing-anjing liar yang berkeliaran di kawasan Kota Kinabalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pihak DBKK telah mengadakan satu mesyuarat bersama dengan jawatankuasa penduduk dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membincangkan isu anjing liar dengan cara yang terbaik. Seramai 46 orang hadir dalam mesyuarat itu, di sini, baru-baru ini.

Dalam perbincangan itu, Noorliza berkata, banyak idea dan cadangan telah dikemukan, antaranya ada NGO mahu melakukan dengan cara mereka sendiri terhadap anjing-anjing liar tersebut manakala wakil penduduk gembira dengan cara pihak DBKK menangani isu ini.

“Bagi pihak DBKK menurut peraturan dan undang-undang 1963, ada beberapa perkara yang kami perlu bincang mengenai skop yang kami kena tambah, contohnya satu rumah berapa ekor anjing yang boleh dipelihara, undang-undang membenarkan hanya dua ekor anjing sahaja boleh dipelihara untuk satu rumah, namun terdapat juga satu rumah memelihara empat hingga lima ekor anjing di kawasan KK ini.

“Kedua kami melihat kepada undang-undang anjing-anjing peliharaan hendaklah dipakaikan lencana logam, tapi sekarang anjing tersebut dipakaikan cip.

“kami sedang memikirkan hal itu, siapa yang akan melakukannya dan berapa kos cip yang digunakan, kami mahu menyelidik lebih lanjut lagi mengenainya,” kata Noorliza pada sidang media selepas mengadakan Majlis Makan Tengahari Bersama Pengamal Media Sabah di Hotel Le Meridien, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai isu anjing itu, pihaknya menerima pelbagai aduan, ada yang tidak suka anjing berkeliaran di kawasan perumahan mereka walaupun tidak semestinya anjing liar tetapi anjing jiran-jiran yang sengaja dilepaskan begitu saja.

“Ada juga NGO yang datang menawarkan khidmat sukarela mahu bekerjasama dengan kami untuk membersihkan anjing-anjing yang ditangkap dan memberi khidmat ‘one to one coach’ mengajar kakitangan kami tentang memahami habitat anjing secara lebih baik.

“Secara jujurnya, kandang kami tidak mampu menampung anjing yang banyak, hanya 30 ekor sahaja boleh dimuatkan dalam satu masa. Jadi kami terpaksa mengikut udang-undang “put to sleep” atau memusnahkan anjing-anjing tersebut selepas 14 hari sekiranya tiada siapa yang menuntut walaupun kami telah mengiklankan selama tujuh hari untuk diambil dan menjaga sebagai haiwan peliharaan (pet adoption),” jelasnya.

Bagaimanapun jelas Noorliza lagi, setakat ini anjing yang tangkap belum ada yang dikenakan ‘put to sleep’ oleh kerana ada netizen yang mencadangkan supaya pihak DBKK terus menyimpan anjing-anjing yang ditangkap.

“Saya sudah katakan, kami tidak cukup ruang untuk menyimpan lebih banyak anjing yang ditangkap, sekiranya ada netizen yang berkata demikian maka pihak kami mengalu-alukan mereka untuk datang ambil bawa ke rumah anda dan peliharalah anjing-anjing tersebut dengan baik-baik, penyelesaian isu ini bergantung kepada kerjasama semua pihak,” tegasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai majlis Makan Tengahari Bersama Pengamal Media Sabah hari ini, Noorliza berkata, ia adalah sebagai tanda penghargaan pihak warga DBKK kepada pengamal media Sabah yang telah banyak membantu dalam mewar-warkan berita mengenai perkembangan pelbagai usaha DBKK dalam membangunkan bandaraya Kota Kinabalu.

Terdahulu, baru-baru ini, DBKK telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pengamal media Sabah iaitu perlawanan bola sepak dan bowling.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular