Bangunan SK Sabandil tidak selamat, perlu dipindahkan – Mohamad

Read Time:1 Minute, 19 Second

PAPAR: Sebuah bangunan menempatkan beberapa bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabandil di sini yang dilaporkan rosak teruk akibat tanah runtuh awal pagi tadi dilihat tidak selamat dan perlu dipindahkan.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata,bangunan itu perlu dipindahkan ke tapak baharu bagi memastikan keselamatan murid dan guru terjamin ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Mohamad ketika mengadakan tinjauan ke SK Sabandil

“Dinding sebuah bangunan bilik darjah SK Sabandil dilaporkan rosak teruk akibat tanah runtuh dalam kejadian awal pagi tadi. 

“Berdasarkan laporan terkini kawasan sekitar sekolah ini tidak selamat dan perlu dipindahkan ke tapak baharu dan saya minta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) buat kajian segera mengenai keadaan keseluruhan struktur tanah dan bangunan sama ada ia selamat diduduki atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau tapak kejadian di sini hari ini.

Mohamad berkata, pembinaan bangunan gantian penuh dan lain-lain kemudahan adalah menjadi keutamaan dan perlu disegerakan bagi memastikan keselamatan murid dan guru lebih terjamin.

“Sementara menunggu sekolah baharu, mana-mana kemudahan termasuk surau yang kini dijadikan kelas sementara perlu pembaikan segera saya luluskan,” katanya.

Salah sebuah bilik darjah yang rosak akibat tanah runtuh

Hadir sama pada tinjauan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Datuk Juil Nuantim dan Ketua UMNO Bahagian Papar Datuk Jamal Nerubi.

Terdahulu, sebuah bilik darjah di SK Sabandil dilaporkan rosak akibat kejadian tanah runtuh di sini awal pagi tadi.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berikutan cuti hujung minggu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggila bencana tanah runtuh pada jam 9.36 pagi tadi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.